Monday, 10 May 2021

HOMESTAY

 

1) HOMESTAY TAMAN WARISAN LEKIR

NO 1, JALAN WARISAN LEKIR 1,

TAMAN WARISAN LEKIR,

32020 SITIAWAN,

PERAK DARUL RIDZUAN.


KELUASAN KEDIAMAN:

Rumah teres setingkat berkeluasan 22x70 & luas tambahan 175/1884 (m2/ft2)-Corner lot

 

HARGA SEWA:

RM200/MALAM

 

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG ADA :

 

- Mempunyai 4 bilik tidur dilengkapi kipas dan penghawa dingin.

- 2 bilik air

- Dilengkapi perabut, televisyen, dapurmemasak, peti ais dan barang keperluan yang lain

- Ruang parking kereta yang luas

 

KETERANGAN KEDIAMAN

 

- Terletak di antara jalan raya Lekir - Teluk Intan.

- Berdekatan juga dengan susur keluar lebuhraya WCE.
- Hanya 15 minit ke pekan Sitiawan dan 20 minit ke Manjung.

















2) HOMESTAY TAMAN SERI GEMILANG

NO 15, JALAN SERI GEMILANG 1,

TAMAN SERI GEMILANG,

32040 SERI MANJUNG,

PERAK DARUL RIDZUAN.

 

KELUASAN KEDIAMAN :

Rumah banglo 2 tingkat berkeluasan 567 meter persegi.

 

HARGA SEWA:

Tingkat atas : RM150/MALAM

Tingkat bawah : RM200/MALAM

 

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG ADA :

 

Banglo 2 Tingkat

1)   Tingkat Bawah
 - Ruang tamu yang luas dilengkapi dengan sofa, televisyendan meja makan.
Sesuai untuk keluarga besar.
 - 2 bilik tidur yang luas dilengkapi dengan kipas & penghawa dingin.
 - Sejadah
 - 2 bilik air
 - Iron daniron board
 - Peti sejuk
 - Mesin basuh baju
 - Dapur memasak

Tambahan:
- Sabun mandi
- Sabun pencuci baju
- Pinggan, cawan,sudu garpu dan lain-lain
- Peralatan memasak seperti cerek, kuali dan periuk

 

2)    Tingkat Atas
  -Ruang luas

- Tiada sofa, televisyendan meja makan.
- 2 bilik tidur yang luas dilengkapi dengan kipas (tiada penghawa dingin).
- Sejadah
- 2 bilik air

Tambahan:
- Sabun mandi

 

KETERANGAN KEDIAMAN

 

- Ruang parking yang besar dan luas.

- Lokasi taman beradabersebelahan dengan Kampung Tersusun Dato Seri Kamaruddin.

- Berdekatan juga dengan TNB JanaManjung, sekolah, hospital, pusat kegiatan KEMAS, IKM, JPJ, balai bomba dan lain-lain. Berhampiran dengan tapak pasar malam ( setiap hari isnin ).

 





TINGKAT BAWAH












TINGKAT ATAS















PROFIL

 LATAR BELAKANG


    Penubuhan Koperasi dianggotai oleh penduduk Kampung Pasir Panjang Laut dan kampung-kampung yang berdekatan dengannya seperti Kampung Sungai Parit, Kampung Teluk Penchalang dan Kampung Permatang. Kampung-kampung ini pada masa dahulu berkeadaan agar mundur yang bergantung pada hasil getah, kelapa dan tangkapan ikan yang pulangannya tidak seberapa.

    Oleh itu, ramai daripada anak-anak kampung bergiat menuntut ilmu dan apabila tamat persekolahan berhijrah ke tempat lain terutamanya ke bandar-bandar untuk berkhidmat dengan kerajaan dan swasta. Ada diantaranya tokoh-tokoh terkenal, penjawat awam profesional dan wartawan ternama yang sesekali pulang mengintai kemajuan kampung. Seorang daripadanya ialah Y.A.Bhg Tun (DR) Haji Abdullah Bin Ayub iaitu mantan Ketua Setiausaha Negara Malaysia. Ketika itu beliau bergelar Dato' Seri yang menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Malaysia. 

    Dalam usahanya mencari jalan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk kampungnya, beliau telah menganjurkan satu perjumpaan dikampungnya pada 18 Oktober 1974. Ia berkesudahan dengan tertubuhnya sebuah Koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Serbaguna Sedar Pasir Panjang Laut Berhad pada 15 Mei 1975. Beliau menjadi pengerusinya dari awal sehingga kini. Pada tahun 2009, atas nasihat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) nama Koperasi telah dipinda menjadi Koperasi Sedar Pasir Panjang Laut Manjung Berhad. Tambahan perkataan "Manjung" itu adalah untuk memudahkan agensi yang berkaitan untuk mengenalpasti di negeri mana Koperasi ini berada.