Sunday, 21 February 2021

Pengurusan Koperasi

 

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI


    Ketua Pentadbiran pejabat Koperasi diketuai oleh Tn Hj Abdul Rahman Bin Ibrahim yang juga Setiausaha Koperasi. Pengurusan pejabat Koperasi oleh Tn Hj Jalaludin Bin Che Ri yang memangku jawatan Pengurus Koperasi.


    Tugas beliau dibantu oleh 2 orang Pembantu Tadbir yang bertugas sepenuh masa. Puan Rosliana Binti Lazim yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kanan Koperasi yang menguruskan kerja-kerja pejabat dan surat-menyurat dibantu oleh Cik Nurdiya Athirah Binti Ishak yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir. Manakala urusan akaun Koperasi diuruskan oleh Cik Rabi'atul 'Adawiyah Binti Fadzil yang bertugas sebagai Kerani Akaun. 


BIRO KEBAJIKAN


Biro ini diketuai oleh Encik Zainal Ariff @ Zainul Ariff Bin Ghazali dibantu oleh 3 orang Ahli Lembaga Koperasi dan 3 orang Juruaudit Dalam.

  • Tn Hj Ahmad Subki Bin Hussin (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Abdul Rahman Bin Ibrahim (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Jalaludin Bin Che Ri (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Ahmad Basri Bin Adnan (Juruaudit Dalam)
  • Tn Hj Syamsul Hisham Bin Md. Sharif (Juruaudit Dalam)
  • Hajjah Rosfa Roziana Bt Abdul Rashed (Juruaudit Dalam)

Biro ini menjalankan aktiviti memberi derma berbentuk wang kepada anggota Koperasi dan anak-anak anggota yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (Derma Siswa) peringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi/Sijil.

Jumlah yang diberikan berbeza mengikut peringkat :
  • Sijil - RM100
  • Ijazah Pertama - RM150
  • Sarjana - RM200
  • Doktor Falsafah - RM250
Selain itu, biro ini juga menjalankan aktiviti Sumbangan Khairat Kematian kursus kepada anggota Koperasi yang telah meninggal dunia. Sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada waris anggota tersebut. Sumbangan Haji sebanyak RM100 juga diberikan kepada anggota Koperasi yang akan menunaikan ibadah haji untuk kali pertama. Koperasi juga memberikan sumbangan Moreh berbuka puasa kepada jemaah masjid dan surau. 


 BIRO HARTANAH

Biro ini diketuai oleh Tn Hj Abdul Halim Bin Husain dibantu oleh 3 orang Ahli Lembaga Koperasi.

  • Tn Hj Ahmad Subki Bin Hussin (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Abdul Rahman Bin Ibrahim (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Jalaludin Bin Che Ri (Ahli Lembaga)
Sebanyak 25 buah bangunan kedai milik Koperasi telah disewakan kepada penyewa. Koperasi juga memiliki 22 bidang tanah yang kebanyakannya digunakan untuk tujuan tanaman kelapa sawit.

Aktiviti biro ini sangat penting untuk membeli aset baru bagi menambah harta Koperasi. Terkini, Koperasi menjalankan perniagaan homestay dan rumah sewa.


 BIRO PERUMAHAN

Diketuai oleh Ir. Tn Hj Zainal Bin Othman dibantu oleh 3 orang Ahli Lembaga Koperasi.
  • Tn Hj Ahmad Subki Bin Hussin (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Abdul Rahman Bin Ibrahim (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Jalaludin Bin Che Ri (Ahli Lembaga)
Pihak Koperasi telah bekerjasama dengan 3 buah syarikat pemaju untuk menjalankan projek perumahan teres satu tingkat.

  • YT Land Development di atas Lot 1557, Batu 7 Lekir (70 unit =18 unit milik Koperasi)
  • Produktif Prestasi Sdn. Bhd. di atas Lot 1287, Batu 10 Lekir ( 92 unit = 13 unit milik Koperasi)
  • Lingbena Development Sdn. Bhd. di atas Lot 1289, Batu 10 Lekir (146 unit = 12 unit milik Koperasi)

 BIRO LADANG

Diketuai oleh Encik Zulkefli Bin Hassim dibantu oleh 4 orang ahli jawatankuasa yang lain.

  • Tn Hj Ahmad Subki Bin Hussin (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Abdul Rahman Bin Ibrahim (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Jalaludin Bin Che Ri (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Ahmad Fahmi Bin Abdul Razak (Pengurus)
Semua tanah milik koperasi digunakan untuk tanaman kelapa sawit. Koperasi mengusahakan kebun sawit di tanah sendiri dan juga usahasama (pajak) dengan pemilik lain. 


BIRO SEWA BANGUNAN DAN SURAT GUAMAN

Biro ini diketuai oleh Tn Hj Maaruf Bin Abas dibantu oleh 4 orang ahli jawatankuasa yang lain.

  • Tn Hj Ahmad Subki Bin Hussin (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Abdul Rahman Bin Ibrahim (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Jalaludin Bin Che Ri (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Ahmad Fahmi Bin Abdul Razak (Pengurus)
Biro ini bertanggungjawab untuk menyelia dan menguruskan 26 aset Koperasi untuk disewa.


BIRO PENGURUSAN UTILITI

Biro ini diketuai oleh Tn Hj Jalaludin Bin Che Ri dibantu oleh 4 orang Ahli Lembaga Koperasi yang lain.

  • Tn Hj Ahmad Subki Bin Hussin (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Maaruf Bin Abas (Ahli Lembaga)
  • Tn Hj Abdul Rahman Bin Ibrahim (Ahli Lembaga)
  • Ir. Tn Hj Zainal Bin Othman
Biro ini bertanggungjawab untuk menguruskan projek-projek berikut :

1. Kem Latihan Sedar dan Kolam Ternakan Udang Changkat Meranti
2. Perniagaan Homestay. Terdapat 2 buah homestay iaitu di Taman Seri Gemilang,Kg Permatang dan Taman Warisan Lekir di Batu 8 Lekir
3. Rumah sewa di Taman Warisan Lekir
4. Kedai mini di tepi jalan besar Batu 8 Lekir

KEM LATIHAN SEDAR, CHANGKAT MERANTI

 KEM LATIHAN SEDAR, CHANGKAT MERANTI

 BERITA TERKINI !!!

➡️ Pada 29 Disember 2020, projek perumahan kerjasama Koperasi dan Produktif Prestasi Sdn. Bhd iaitu rumah teres satu tingkat di Lot 1287 telah siap dibina. Sebanyak 13 unit rumah teres satu tingkat yang terletak di Batu 10, Lekir iaitu Taman Lekir Baiduri.


KEANGGOTAAN KOPERASI
Koperasi ini terdiri daripada 770 anggota.

MODAL SYER ANGGOTA
Modal syer terkumpul berakhir 31.12.2019 adalah sebanyak RM 2,013,730.00

TAHUN KEWANGAN KOPERASI
Bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember.

AKAUN TERAKHIR
Akaun Koperasi yang telah diaudit dan disahkan Mesyuarat Agung ialah bagi tahun berakhir 31.12.2019

PENGELOLAAN KOPERASI
Terserah kepada sebuah Lembaga Koperasi yang terdiri daripada 12 orang anggota. Keahlian Koperasi Sedar Pasir Panjang Laut Manjung Berhad telah ditutup sejak tahun 2014. Tiada keahlian baru dibuka

Thursday, 18 February 2021

Galeri


MAJLIS PENYERAHAN HAK MILIK DAN KUNCI SEBANYAK 13 UNIT DI LOT 1287 JOINT VENTURE PROJEK DI BATU 10 LEKIR DARI PEMAJU PRODUKTIF PRESTASI SDN. BHD. KEPADA KOPERASI SEDAR PASIR PANJANG LAUT MANJUNG BERHAD


TARIKH : 3 JANUARI 2021

LOKASI : RESTORAN HORIZON GARDEN, MANJUNG

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pemaju di atas kerjasama yang telah diberikan kepada pihak kami. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir bagi menjayakan majlis ini.










MAJLIS PERPISAHAN STAF KOPERASI SEDAR PASIR PANJANG LAUT MANJUNG BERHAD

TARIKH : 15 OGOS 2020

LOKASI : RESTORAN HORIZON GARDEN, MANJUNG

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Fahmi dan Puan Faizatun Moraine atas perkhidmatan yang cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada Koperasi ini.

SELAMAT MAJU JAYA!



































BORANG

 Borang Maklumat Anggota



Borang Permohonan Menambah Syer Anggota




Borang Pindah Milik Saham Antara Anggota






AKTIVITI

 Aktiviti Utama Koperasi Sedar Pasir Panjang Laut Manjung Berhad

1. Perladangan

2. Sewaan Bangunan

HUBUNGI KAMI

KOPERASI SEDAR PASIR PANJANG LAUT MANJUNG BERHAD


No. 35A Persiaran PM 3/2 Seksyen 3,
Pusat Bandar Seri Manjung,
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

No Tel (pejabat) : 05-6870222
No Tel (bimbit) : 011-62601889
No Fax: 05-6870303

Emel: kopplam@yahoo.com